Monday, June 27, 2011

Memory

Assalamualaikum.

Okayy topic kita hari ni adalah about memory. Memory aku punya kapacity memang tahap ikan emas je. Aku kalau bab-bab ingat mengingat ni memang laa.. gear 1 punya keta manual kot. Hahaaa.

Apa yang membangkitkan hal ini? Okayy lets begin. Aku kan tengah zone lepakk habis laa cuti sampai Raya kann. So, hari-hari aku cepat boring la bila got nothing to do. Tido dan makan adalah aktiviti rasmi aku. Side dishes aku adalah layan movie and online. * hekk, macam kat Kenny je ade side dishes.

Kalau aku da lebamm sangat movie marathon, aku akan baca novel. Haaaaa, disinilah memory kapacity aku tercabar. KEMANA PERGINYA NOVEL-NOVEL AKU SEKALIAN ? PADA SIAPA AKU KASI PINJAM? MANA AKU SIMPAN?

Haihhhh, aku dah try text few people yang ada possibility pinjam novel aku, but, suma reply dah pulangkan. Aku dah selongkar dua-dua box yang simpan novel, yang tinggal just novel-novel yang lama. Tepi katil, tepi bantal, bilik mama. Semua tempat aku geledah. Langsung tak jumpa. Memang ada yang akan cakap apalah sangat sebijik novel kan?

TAPI ! Bukan sebijik je yang takdek. Berbijik-bijik ni haa. Kalau sebijik boleh lagi consider derma ke apa ke. Haihhh. Lagi terasa kalau hilang sebab novel ni semua beli duit sendiri wokk. Kau bayangkan aku berlapar makan meggi kat matrix nun haa, sebab beli novel sangat aku, sampaikan lari budget =.= Yang memang confirm hilang tatau pegi mana ialah :

1. 5 Tahun 5 Bulan.

Ni la novel pertama yang membuatkan aku salute gila lahh kat writters nyaa. Im not going to explain much, go and read first then come to agree here :p

2. Roti Cicah Susu.

Haaa, unik kan tajuk dia? Sebab tu aku beli. Emmm, memang aku sayang sebab plot dia lain dari yang lain. Memang beyond expectation lahh. Bunga bogen-bogen :p

3. Blog Priasetia.

Ni palingggg cute. Sebab warna pink. Worth reading.


Cakap banyak pon tak guna lahh. Kemana engkau pergi wahai novel-novel sekalian? So, if you happened to read this, and you're the one who borrowed ANDDD LUPAA nak pulang balik, sila laa pulangkan. Sumpah aku tak marah. Yelaa kan,dah pulang bukannya orang marah. Orang marah bila tak pulang-pulang and buat pekasam kat rumah sendiri !!


*sila pulangkan dengan kadar segera :p


Love,
Atera Alyani.

No comments:

Post a Comment