Monday, May 28, 2012

Al-Fatihah

Sudah lebih 3bulan aku pindah ke rumah ni. Selang sebuah rumah, rumah kawan lama aku, Eqfar Nezwan dikenali juga sebagai Epa. Dia member lama time sekolah rendah. Dah besar ni pun jumpa adalah sekali dua, time raya. Tu pun macam tak tau nak cakap ape. 


So, bila kat rumah, if kami terpandang, memang senyum or angkat tangan dan seumpamanya je laa. Takdelaa nak sembang kencang ke apa. Aku bet masing2 dalam hati mesti pikir sape akan jejak rumah sape dulu. Persoalannya terjawab arini.


Aku yang pergi kerumahnya. Sebab? Menziarahi keluarganya. Ayah dan abang ipar Epa meninggal dalam excident kat Rawang. Even aku tak rapat, tapi aku sangat terasa dengan pemergian mereka. Walaupun tk pernah bertegur sapa dgn ayahnya, tapi selalu nmpak arwah siap2 nak pegi masjid. Arwah selalu senyum.


Mungkin faktor kenal Epa, aku rasa sedih. Mungkin sebab jarak rumah kami cuma 15 langkah kaki, aku rasa dekat sangat, aku rasa sedih. Tak tau faktor ape lagi, aku rasa sedih teramat!


Lagi sedih sebab petang kejadiannya, depan rumah Epa dah ramai orang. Aku, jiran terdekat still tak tahu ape2. Aku boleh lagi keluar pusing2 bandar. Malam nye boleh lagi aku lepak kat mekdi. Balik mekdi baru aku online, baru dapat tahu tentang kematian. Aku rasa macam, dushh! Nak slap pipi sendiri. Jiran ape aku ni? Ada kematian pun tak tahu? Lagi bertambah sedih aku.


Pagi esoknye aku busy. Maktok dari Ipoh datang. Layan dia, dah sekerat hari. Petang ambik adik kat Masjid Kristal. Kira memang malam baru aku free. Lepas Isyak, aku siap2. Nak pergi, aku segan sangat2. Sebab orang paling dekat, paling lambat sampai. 


Aku mintak Ayeh datang jemput depan rumah. Pergi dengan Ayeh. Masuk rumah salam mak Epa. Sangat2 tebal muka. Sumpah! Bila orang dah start ramai, aku move ke dapur. Lagipun aku cuti. Tak join the group.


Bertegur sapa dengan mereka didapur. Kemudian datang mak Epa. Dia macam short storykan kepada kami. Mereka ke Rawang mau hantar si kakak bekerja. Suaminya ikut sekali menghantar. Baru la jugak kawen. Makcik nak ikut, tapi tak jadi. 


Panjang umur makcik dan si kakak. Yang xcident cuma ayah dan menantu. Aku terfikir perasaan si kak long yang kehilangan suami. Aku terpikir makcik yang juga tiba-tiba hilang suami yang selama ini hidup bersama. Aku sebak. Tapi aku tahan, sebab aku tengok mata makcik merah. Kalau aku menangis, mesti makcik pun menangis. Aku tahan walaupun perit. Aku cuma orang luar, makcik yang merasa apatah lagi?


Waktu bacaan Yasin, ada juga aku pandang ke luar, ke jemaah yg datang yang sedang khusyuk membaca Yasin. Sekali pandang, Apang si kawannye Epa hilang. Lepas selesai tu, aku dapat tahu, Epa menangis selepas bacaan Yasin, Apang pergi peluk menenangkan Epa. Lagi aku sebak. Terlihat kasih sayang di antara sahabat di situ.


Makcik cerita lagi, petang tadi ada kawan makcik datang. 3 orang. Yang masing2 nya sudah tiada suami. Mereka memberi makcik semangat. Sebab tu aku rasa makcik dah nampak tabah skit kot? Saya harap makcik tabah! Kita sama2 doakan arwah tenang disana makcik.


Buat Epa. Sahabat, aku nampak muka kau tenang. Tapi entah macam mana, aku dapat lihat mata kau ada kesedihan. Aku pun merasa sedih itu. Aku harap kau tabah. Kau anak lelaki, kau mesti kuat. Kau mesti kuat untuk makcik. Sekarang makcik dah hilang suami tempat bergantung. Makcik mesti perlukan sokongan anak2. Aku harap kau kuat dan tabah. Untuk kau, dan juga untuk makcik. Aku harap kau tahu, aku sentiasa ada.


Walaupun kita jarang bercakap, tapi aku sentiasa ingat kau. Lagi2 sekarang aku dah kenal makcik. Aku ingat kau dan juga makcik sekali. Tadi aku sangat bangga. Melihat ramai kawan2 kita yang datang. Yang turut membacakan Yasin. Berkawan bukan setakat waktu senang. Waktu susah beginilah dapat kita lihat siapa kawan sebenar. Aku bangga dengan kawan2 kita. 


Arwah, tenanglah mu disana. Moga dicucuri rahmat.
Sahabat, tabahkan lah hatimu. Kuat lah. 


Aku, temanmu.

Sunday, May 27, 2012

superwoman masuk kerja

Aritu aku jadik Superwoman lagi. Mama calling2, bilang sama aku katanya mau ke Bukit Jalil ada jualan. Diajaknya gue turun ShahAlam sama dia. Diturutin aja perintahnya. Iya iyalah bukannya apa ada di Melaka kalau aku stay deh. 


So storynya bermula petang khamis. Usai saja test LAW419, terus aku minta namja2 didalam kelas ngantarin aku ke Melaka Sentral ( juga dicampur sedikit paksaan, ya aku ngaku deh ) Kiranya mau beli tiket ShahAlam. Ya kalau ada, terus aja deh kesana. Kelas CRS hari Jumaat di-skip aja bisa deh kayaknya. 


Mahu dijadikan cerita ini cerita Superwoman, tiket ke ShahAlam nya ada pukul 6.45, lagi 30menet dari waktu belian. Terus aku beli. Makan bentar d Mekdi, baham Keju Berganda sama icecream. Namja2 tadi masih setia menemani. Kupikir mereka risaukan aku. Tetapi hampeh. Mahu dibelanja rupanya. %$#&@$%^


Maka, ke ShahAlam aku petang itu jam 6.45 petang. Sampai disana jam 9 gitu. Dijemput sama mama di station. Lantas kami pergi makan di Seksyen 24. Belakang rumah Aunty Ju. Aku nya iya la makannya dikit aja. Karna udah janjian sama Kura2 mau ketemu di Uptown, mau makan Char Kuey Tiaw.


Sampai aja dirumah, aku main sama adik2 kecil Afiq, Anis, Aisyah. Alan nggak ada, lagi di asrama. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga Kura2 di depan rumah. Tinggal aja helmetnya di rumah. Nak ke uptown dari rumah tak perlu helmet. Itu kawasan sudah aku cover deh abang2 polisi nya. Hahaa


Ke uptown malam itu sama skuter ego without helmet kedua-duanya. Lagian, motornya dibawa lawan arus. Jimat masa deh. Hihii. Kami pusing2, jumpa kedai Char Kuey Tiaw. Makan punya makan. Minum minum. Makan juga itu otak2 yang diletakkan di atas meja kami. Dikasi 5, habis 5 kesemuanyaa.


Sudah penat bergelak ketawa, mau pulang sudah. Kura2 pergi beresin bilnya makanan. Usai bayarnya, kami langsung mahu pulang. Tapi ada deh abang2 yang gatal mengeluarkan suara2 tikus. Suittt suittt.


Aku pikir hishh orang ini gatal benar. Terus kami jalan aja tanpa menghiraukan mereka. Eh bentar aja, ada lelaki yang ngikut. Dicuitnya bahu Kura2. Dibilangin : DIK, OTAK2 BELUM BAYAR LAA!


Ya Allah! Malu gila deh aku saat itu. Kukira orang gatal mau mengurat, rupanya abang otak2! Malu banget deh. Terus Kura2 bayar lagi. Kami cepat2 blah dari uptown. Malu banget sihhh.


Okayy sudah penat. Entri ni sangatlaa takde motif. Entah ape jadahnye aku tune slang Indon? Hahaa


Superwoman malu,
Atera Alyani.

Thursday, May 24, 2012

terasa.

Sentap.
Aku bukan jenis senang nak sentap.
Tapi.
Once aku dah sentap means aku betul2 terasa.
Sumpah aku terasa.

Aku ingat kau kawan.
Aku ingat kau faham.
Tapi.
Kau tak seperti yang aku sangkakan.
Maaflah.

Terima kasih untuk selama ini.
Dan.
Mintak maaf sangat2 sebab menyusahkan kau.
Aku takde niat pon sebenarnya.
Maaf sekali lagi.

Aku kalau marah memang aku akan bising.
Tapi kalau aku betul2 terasa aku akan senyap.
So, aku senyap jelaa.
Nasib baik ada si blog setia.
Walaupon dah 4bulan tak jenguk dia.
Sorry blog sayang.
:)