Wednesday, February 29, 2012

a visit from old friends :)

Perghhh. Tajuk tanak kalah. Hahaa. Bukan la old friend pun. Saje nak buat gempak. Hahaa. *lame tak menulis, ketaq lutut, ketaq tangan, ketaq otak nk pikir. Hahaaa.


Ni nak habak mai. First cuti sem ni. Si budak bentong, Sara Arsad tu datang bertandang ke Terengganu. Katanya nak jumpa kakak-kakak. So aku pon hold si kakde nye, Miera Rose. Jangan balik Pelangai lagi, datang rumah dulu. Berkumpul adik beradik. Hehee.


Bermulalah aktiviti pengembaraan kami. Haaa bunyi dah macam upin ipin kann. Hahaa. Nak kata kami jelajah KT tak sangat la. Diorang stay kat rumah aku lama, 5/6 hari. Tapi masa macam tak cukup je. Yelaa mana nak cukup kalau dah masing2 malas bangun pagi. Dah burn waktu pagi tu. Keluar makan pon dh brunch. 


Lepas makan takkan nak terus beraktiviti kan. Tolong mama settle kerja sat. Then balik rumah dulu. Miera perghhh, pantang letak kepala, tido je keje. Penat sangat balik orientasi palapes dia tuh. Hahaaa


Bila petang je, mula la kami keluar menjalankan aktiviti yg patut. Okay nak suruh aku cerita ikut giliran, hari ape pukul berapa memang tak lah. Memori aku tak sekuat tu okayy? Itulah padahnye simpan cerita lama2. Hikhik 


Tempat paling glamour aku bawak diorang pergi ialah, Pantai Batu Burok. Hahaa. Pantai tu tak pernah boring. Pergi la 10 pagi ke, tengahari panas terik ke, petang2 penuh mat rempit ke. Malam ke. Sampai pukul 2pagi pon ade kitorang lepak situ. Best angin dia :)


Petang hari keberapa ntah, sasaran kami ialah Pantai Pandak. Tempat shooting Merong Mahawangsa. Eksaited kemain lagi budak bentong tu. Siap main2 air lagi. Darat sungguh. Hahaa










Lagi kami pergi atas Bus Station. Nak beli tudung bawal ibu Sara. Dengan mama skali ngikut perginye. Disini ingin ditekankan kami memang banyak berjalan dengan mama sebab dia banker. Kahkahkah. Almaklumlaa, penganggur lah katekan.


Paling best aku rasa, pergi Taman Tamadun Islam ( TTI ). Sebab dari matrix dulu lagi kami duk sibuk berangan one fine day kami akan pergi TTI same2. Dan akhirnya, one fine day tersebut muncul jua. Boleh lihat kebahagiaan kami di hari tersebut ye. Lagi best, CEO kat situ, atuk sedara aku offer praktikal kat TTI tu. Hehee. InsyaAllah :)










Malam pulak kalau boleh taknak balik rumah. Nak berjalan je. Macam dah takde siang sangat je gayanye. Hahaa. Padahal pergi minum je, join orang tengok bola sambil bershisha. Disini sekali lagi ditekankan, budak laki ye yang bershisha tu. Bukan kami. Kalau ye pun, aku je lah, tu pon sikit je. Hehee.


Dan lagi kalau boleh tiap2 malam nak pergi Taman Panorama je keje nye. Entah pape je kat atas sana. Bukan ade ape pon. Cuma view jelah yang cantik. Boleh nampak sebahagian dari bandar KT dari ats bukit Pak Apil :) 







Tidak lupa juga ICT versi bandar KT. Hehee. Tapi yang menjadi tarikan kat situ of course lah Titanic tu kann. You jump I jump. Huuuu :p





Okayy stop for now. Aku penat plus lapor. Ngeh3. Babaii.




Cincau,
Atera Alyani.

KAWAN :p

" Kawan, membawa satu maksud yang besar. Terkenangkan budak yang nakal, budak yang rajin belajar, pertama kali didenda oleh cikgu dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa bersekolah. Bila dah dewasa, banyak benda yang kita lalui masa kecik akan hilang, dan masalah pulak akan bertambah. Kawan dah berpindah ke luar negara untuk bekerja, bekerja demi masa depan. Kenkadang ada masanya kita akan terkenangkan kengkawan yang dah lama kita tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza tapi apa yang telah kita lalui akan sentiasa menjadi memori, memori yang paling indah sekali. "


- UNDER AGE , ZINT :)

Wednesday, February 15, 2012

*hasil rembatan*


--> When I'm sad, I feel that every heartbroken song was written just for me.




AAA,
*curi pun dari AAA :)

Tuesday, February 14, 2012