Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni aku rasa sangat happy. Dapat khabar2 baik. Murah rezeki, sebab aku bekerja so akan ada gaji. Boleh berbelanja, boleh tampung hidup nanti semester 3. 

Sebenarnya aku sangat takut time nak check email on result day. Ye lahh, aku ni banyak tido dari study. Study week orang tekun study, aku tekun tengok movie. So aku rasa result aku sem 2 ni memang result tido je lah.

Nak dijadikan cerita, subuh 3rd August tu si Kura-kura lepas Subuh je dah text aku cakap result dah boleh check. Aku malas layan. Hajat di hati nak bangun lambat skit sebab aritu tak masuk kerja. Outstation. Tapi pukul 9 cenggitu aku dah bangun. 

Aku gatai tangan pi on fb twitter segala, nampak lah depa duk sibuk hupdate status pasai result segala. Ape lagi, berbekalkan semangat yang suam-suam semut dilenyek remote control, aku gagahkan diri bukak la email aku.

First aku tengok, mata memang tak tengok tang CGPA suma tu, mata aku pi tengok tang grade dulu, LAW! Iaitu pembunuh harapan bangsa dan negara. Tapi lepaih tu, aku dah takleh nak cakap apa dahh. 

Air mata dah start neleh dah. Aku memang sabak tahap dewa dah. Mama duk kat dapur duk basuh pinggan yg tak habis basuh time sahur tu. Aku ni duk panggil la mama, mama tapi suara tak terkeluar langsung! Sebak punya pasai.

Lepaih tarik nafas dalam seround dua, aku panggil la mama kuat skit. Dia ni duk cuak awat aku nangis ni, kemain lagi tanya kenapa kenapa? Aku tunjuk la result aku. Pastu dia peluk aku. Dia tanya awat hang nagis nya? Aku cakap angah ingat tak sampai 3pointer dah ma, sem lepas kuat sangat main. 

Lepaih tu mama cakap, kalau awak study betul2, ada la hasilnya. Dah, toksah hang duk nangis lagu tu, huduh aihh. Ciss, aku baru nak feeling2 jadi si bawang putih.

Lepaih tu siap2 nak pi KL. Nak pi jumpa customer nak tengok songket. Kami bertolak dalam pukui 11 macam tu, sampai la KL nu haa dalam pukui 4ptg. Toksah cakap la jem time hari Jumaat tu. Tapi takpe, kerja punya pasai, redah jugak.

Jumpa Kak Fiyy tu dalam pukui 8.30, Alhamdulillah dia amik songket sehelai. Lepaih tu, laa tu jugak kami bertolak balik ke Terengganu. Dalam pukui 9.30 cenggitu. Pukui 3 kami sampai kat rumah dah. 

Lagi nak cita, hari ni aku tengah duk lepak kat kedai sebab takde customer sangat, dapat laa message dari housemate aku sem1&2. Dia cakap aku dapat duk kolej. Aku tak berapa nak caya sebab depa ni kuat main2. Aku call la office kolej. Skali betui aku dapat duk kolej lagi, melompat aku! Hahaa. Maau tak melopat? Save RM400 woih!


Habih cita pasai tu, kita cita pasai sedara mara pulak. Yelaaa dah aku ni duk blaja jauh-jauh, mana sepupu2 nak kenai dengan aku sangat, bukan rapat sangat. Dulu Matrix tang Kuantan nu haa, ni degree tang Melaka pulak. So, aku jarang balik. Kalau balik pun, bukan jumpa diorang selalu.

Tadi nak pi settle kerja, aunty aku Achik Tini ikut skali dalam keta. Lepaih kami amik anak2 beliau balik sekolah, kami pi amik baju raya kat Batik Exclusive. Entah macam mana, baju aku ketat sikit. ( aku makin gemuk kut, makan tak diet langsung bulan puasa nih! )

Pi mai pi mai, aku dengan Achik Tini ni sama size. Aku test baju dia, muat lah pulak! So, kami exchange baju raya. Ehh boleh pulak! Hahaa. Kami siap shake hand deal lagik! Hahaa. So, baju aku jadik kaler hitam, Achik Tini coklat. Selesai. 

Dalam keta nak balik tu, keluar la idea nak berbuka puasa tepi Pantai. Terus mama on je. Dengan aku skali ikut, padahal aku dah janji nak berbuka dengan Joe. Ah lantak! Family come first. Hehee. Sorry Joe, tunda esok :)

Seronok kami berbuka kat situ, siap bawak tikar. Picnic habis! Time-time cenggini la aku nak main ngan diorang. So aku main laa. Ehh skali keluar lagi idea nak berbuka kat Pulau Warisan. Adoihhhh. Joe cammana? Takpe la, kali ni Joe menang.

Malamnya pulak, Achik Tini datang kedai bawak anak2. Main lagi aku ngan diorang. Bukan kecik pun, masing2 dah 15, 11, 9 tahun. Sume pompuan. Alahh, budak2 ni la yang aku hangkut bawak pi USS itu hari time aku ponteng kelas. HAHAHAAA




Kakngah hepi bila awak hepi :) *budak2 ni punya kerja la ni gambar ni. Hehee.

Happy,
Atera Alyani


No comments:

Post a Comment