Wednesday, June 8, 2011

Malas .

Currently listening to The Lazy Song, Bruno Mars.

Definition : A condition where the body and the owner itself didnt feel want to do something or anything.
  translate to indonesia :
  *sila buat slang indon ye .
Definasi : Satu kondisi di mana badan itu sendiri bersamaan tuannya tidak merasa untuk melakukan sesuatu perkara atau apa apa sahaja. Hahahaaa.

Malas. Its normal to any human being kan? *okay berlebihan terhadap aku =.=
Sebenarnya malas ni susah nak dekat ngan kita if kita ada banyak perkara untuk disettlekan. Apa yang menyebabkan kita malas ialah , in the middle of settling something, kita stuck or dihalang atau yang seumpama dengannya. 

Dengan adanya masalah2 kecil ini. Kita akan mula rasa malas untuk menyelesaikannya. Dan juga melarat kepada apa2 sahaja kerja selepas itu. Dari sinilah kerja kita akan tertunggak dan akhirnya kita akan menjadi kaya. Kaya? Yess! Kaya dengan kerja tertunggak.

Kenapa aku rasa blog aku macam majalah kesihatan je? Hahahaa, tatau. Mood mahu bebel datang tiba-tiba. Malas. Memang inilah hobi aku sekarang ni memandangkan aku cuti until Raya Puasa *lama weh ! Disebabkan sekarang ini musim cuti sekolah, aku berehat sebentar dari menjadi drebar kepada adikku yg kecik itu. 


Aku hanya melakukan a little bit of work here and there. Aku hanya pergi hantar dan ambil baju customer Mama. Pergi beli barang dekat pasar if Mama terasa mau memasak. So bila situasi tidak memerlukan aku untuk keluar rumah. Aku biasanya akan bangkit paling awal pukul sebelas * yes aku anak dara paling tak bagus . Dan aku tidak mandi lagi. Aku akan meluru terhadap laptop terlebih dahulu. Aku buka account MukaBuku. Aku like stats orang. Aku reply  comments kawan2. Aku godam2 apa-apa link orang yang aku rasa macam best.


Bila perut minta diisi, aku akan ke dapur. Melihat di bawah saji. Jika ada makanan, aku terus makan. Jika tiada dan aku mempunyai sedikit perasaan rajin, aku akan makan maggi gereng. JIKA aku malas aku biarkan je perut aku berdondang sayang. Padan muka kau. Biasanya di waktu tengahari, Mama akan pulang. Beliau akan sound2 aku kerana belom mandi. Jika aku terkesan, aku akan mandi. Jika malas masih mahu bermanja, aku biarkan diri ini tidak bermandi.


Biasanya bila jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, perut aku akan extremely lapar. Haaaaaaaa. Disinilah akan terlihat aku kelam kabut mandi then iron baju mahu keluar. Aku merupakan seorang yang sangat simple. Pakaian kebangsaan aku bila keluar ialah short-sleeve-shirt dengan jeans yang dah keberapa kali dipakai. Kalau anda kebetulan bertembung dengan aku dan kelihatan aku memakai kemeja/bukan shirts biasa. Anda adalah insan2 yang bertuah. Hahaaa. Aku bisa sahaja makan sorang2 tanpa ditemani at least seorang rakan. *takpa, aku suka. Sebab aku boleh berangan time makan. If ada teman, kena layan borak. Leceh =.=


Well, itulah sedikit sebanyak yang dapat aku bebelkan tentang malas. Kalau mahu diikutkan kata hati, mahu empat lima kilometer panjang entri kali ni. *sebenarnya aku tengah memberitahu sikap malas aku :p 
Biasa lah. Bukan semua orang suka buat semua perkara pada semua masa ( bukan setiap masa ke? ) Hahaaa. Lantak lah. Kadang2 datang juga rasa malas mahu wish birthday seseorang even dah terpampang di homepage MukaBuku kita kann. Itulah sebenarnya yang mahu aku tekankan, tapi terlebih cerita pula. 


Perasaan malas yang terbit tiba2. Seperti contohnya kita tengah drive. Kereta depan pula entah macam hape je gayanya. So kita akan rasa " Adoyaii, ni yang rasa malas nak bawak keta ni " . Ataupun yang selalu terjadi kepada aku bila Mama suruh aku sapu rumah. Maka aku pun berkata " Malas laaa " dan usually aku still buat sebab Mama dah macam nak keluar aura DragonBall.


Dan contoh lain ialah bila kita tengah dalam mood baik untuk update blog dan datang pula Mama/Adik kita bilang mahu guna laptop.


TERUS AKU MALAS MAHU SAMBUNG, DAN MALAS UPLOAD EVEN SATU GAMBAR. DAN TANPA MENYEMPAT AKU AKAN TERUS SAHAJA CLICK PUBLISH POST. DAN BILA TIBA WAKTU SENGGANG YANG MEMBENARKAN AKU BACA BALIK POST AKU. MULA LAH AKU MENGUTUK DIRI SENDIRI KERANA TELAH BIKIN ENTRI YANG ENTAH APA-APA.


*harap maaf entri berakhir dengan agak mengejut dan perasaan marah!


Cincau,
Atera Alyani.

No comments:

Post a Comment