Thursday, June 30, 2011

Self-confidence

Assalamualaikum.

Okayy, one of my friend's fb status sounds like this : 
the best way to gain self-confidence is to do what you're afraid to do. 

Haihhh. *sigh*
In my case, my fear cannot-go towards orange/limau/lemon/sunkist or what-ever-yang-sangkut-paut with it. Sumpah aku cannot-go lah with it. 

Okay aku ada laa try minum air oren. Tapi muka aku time tu, ya Allah. Buruk jangan cakaplahh. So how? How people? How to make me LOVE that thing? Dah try dah pon apa yang aku afraid tu. Tak jalan jugak. Hahaaa.

Ohh come on. Orange je kot. Maybe ada akan cakap macam tu. Hey! Dah aku takbleh terima that oren thing nak buat macam mana? My grave is my grave (bak kata Maria Elena). Okayy takde kena mengena langsung. Hahaaa.

Ape yang nak ditekankan disini ialah kita takbleh nak cakap sesuka hati kat seseorang tu, ini lah, itu lah. Its just them. 

PAPPPP! DAH LARI TOPIC.
Hahaaa. Bukan aku tanak agree with that statement tapi in my case, I just cant. Ohh nampaknya aku kena try statement tu dengan something else lahh. Contoh? Aku takut nak approach orang yang aku suka. So aku kena try lah ni untuk gain self-confidence? Hekkk. Nak 'try' pon tak tahu mana nak rembat self-confidence untuk nak 'try' tu. Paham dak ni apa aku cakap? Hahaa. Aku dah merepek merapu meraban dah ni.

Teeheee. Yang paham tu tahniah lah. Yang tak paham, sorryyy. Tatau dah nak tolong camne. Hikhikk :)

Love,
Atera Alyani.

Adik ohh Adik

Assalamualaikum.


Adik ohh adikk. Adik ni memang laa. Sebab kau ni adik aku.


Gini.. Aunty aku belikan IPad 2 kat kitorang sorang satu. Wahh happy happy. So nak try la ngan wi-fi kat rumah aku.


Aku cakap kat dia " adik pegi tengok password kat belakang modem sana tu " .


Pegi laa dia ni, then bacakan password tu. OBFF blablabla. Aku pon try connect. Tak bule bulehh.


Petang tu ayah aku balik kerja, dia pergi jenguk password tu lagi skali. Memang la tak bule connect. Password terbalik. Supposed to be blablabla FFBO.


Adik ohh adik. Mentang mentang awak sekolah agama, baca pon ikut kanan dulu ke? Grrrrr =.=

Tuesday, June 28, 2011

Can ?

Assalamualaikum.


Today's Hitz.fm Pagi Show topic is : can a girl and a boy be bestfriend ?


Lalalaa. A great topic to argue with. What say you mann?? Ape ape pon the answer dua je. Boleh ngan takbleh. Aku try fit kan diri aku sendiri in dua dua result. Take note : no heart feelings and no hurt feelings # wink wink


1. Can.


Boleh je jadi. And aku rasa ada bestfriend yang opposite gender ni lagi senang nak handle. Contoh, aku as a girl. Tak payah nak selalu jaga hati bestfriend sangat. Sebab diorang ni ( boy ) bukannya reti nak terasa ke merajuk ke apa kan. Macam senang laa, on the other hands. Bukan lah nak cakap ada bestfriend pompuan ni tak best, weyy still best lah ngeng! Takkan hal PMS nak share ngan boys. Grrrrr. Kita sedang bercakap tentang boy bestfriend yahh!! Bring it on mann! Weeehuuuu!! Hahaa. Ada boy bestfriend senang ajak lepak sebab dorang senang deal with. Kalo girls kena fetch lah, ask parents permission dulu lah. Lecehh!


2. Can't.


Wuuu. Takbleh takbleh. Tadi ada caller, said that boys always eat all the food. Hahaa, couldn't agree more with you babe! Haishh, tak pun. Dorang ( boy ) mesti selalu mintak payung je. Grrrr.


Lagi satu sebab takbleh ialah : either one of them will take it wrong. I mean the feelings. Either one tu memang akan fell in mushyy feelings lahh. It stated mann! And at last benda tu akan jadi bigger lah. Yada yada, happened to me once. And I'm the one who 'jatuh' . Hikhikk. Forget it, let bypast be bypast.


AND one more reason is : gf/bf sendiri akan jealous tak tentu hala. Hekkk. Lekk luu. Dapat pulak gf dia yang memang gedik tahap tak hengat lah. Tak pun, bf kita ke yang jenis mengongkong. Aiyarkk. Nehi nehi. Nil. Nada. Full stop. Hahaaa.




* saya tekankan sekali lagi disini ye tuantuan dan puanpuan. No heart feelings and no hurt feelings.






Love,
Atera Alyani.

Monday, June 27, 2011

Memory

Assalamualaikum.

Okayy topic kita hari ni adalah about memory. Memory aku punya kapacity memang tahap ikan emas je. Aku kalau bab-bab ingat mengingat ni memang laa.. gear 1 punya keta manual kot. Hahaaa.

Apa yang membangkitkan hal ini? Okayy lets begin. Aku kan tengah zone lepakk habis laa cuti sampai Raya kann. So, hari-hari aku cepat boring la bila got nothing to do. Tido dan makan adalah aktiviti rasmi aku. Side dishes aku adalah layan movie and online. * hekk, macam kat Kenny je ade side dishes.

Kalau aku da lebamm sangat movie marathon, aku akan baca novel. Haaaaa, disinilah memory kapacity aku tercabar. KEMANA PERGINYA NOVEL-NOVEL AKU SEKALIAN ? PADA SIAPA AKU KASI PINJAM? MANA AKU SIMPAN?

Haihhhh, aku dah try text few people yang ada possibility pinjam novel aku, but, suma reply dah pulangkan. Aku dah selongkar dua-dua box yang simpan novel, yang tinggal just novel-novel yang lama. Tepi katil, tepi bantal, bilik mama. Semua tempat aku geledah. Langsung tak jumpa. Memang ada yang akan cakap apalah sangat sebijik novel kan?

TAPI ! Bukan sebijik je yang takdek. Berbijik-bijik ni haa. Kalau sebijik boleh lagi consider derma ke apa ke. Haihhh. Lagi terasa kalau hilang sebab novel ni semua beli duit sendiri wokk. Kau bayangkan aku berlapar makan meggi kat matrix nun haa, sebab beli novel sangat aku, sampaikan lari budget =.= Yang memang confirm hilang tatau pegi mana ialah :

1. 5 Tahun 5 Bulan.

Ni la novel pertama yang membuatkan aku salute gila lahh kat writters nyaa. Im not going to explain much, go and read first then come to agree here :p

2. Roti Cicah Susu.

Haaa, unik kan tajuk dia? Sebab tu aku beli. Emmm, memang aku sayang sebab plot dia lain dari yang lain. Memang beyond expectation lahh. Bunga bogen-bogen :p

3. Blog Priasetia.

Ni palingggg cute. Sebab warna pink. Worth reading.


Cakap banyak pon tak guna lahh. Kemana engkau pergi wahai novel-novel sekalian? So, if you happened to read this, and you're the one who borrowed ANDDD LUPAA nak pulang balik, sila laa pulangkan. Sumpah aku tak marah. Yelaa kan,dah pulang bukannya orang marah. Orang marah bila tak pulang-pulang and buat pekasam kat rumah sendiri !!


*sila pulangkan dengan kadar segera :p


Love,
Atera Alyani.

Sunday, June 26, 2011

Lawak ayam

Hahaaaa. Lawak ayam sungguh aku ni. Okayy ni nak cite dua lawak ayam.


1.
Semalam aku godek-godek phone sebelom tido. Tahu apa aku jumpa? Dictionary and translate. Huaaaa, tak jakun pulak kan aku asek sibuk nak cari meaning itu lahh, meaning ini lahh. One word : Noob =.= . Then aku godek-godek lagi. Lagi aku jumpa apa? Opera Mini. Okayy aku memang LAME ! lah sebab baru tahu phone aku ni ada menatang tu. Ehh, dah tau phone ada opera mini, ape lagi. Sana sini lahh tangan bergerak. Kejapkejap google image YoSeob, kejap image DongWoon. Kejap image DuJun. Kejap image macaron. Ohh dan banyak lagilah yang boleh En.Google berikan khidmatnya pada aku.




*jangan tak tahu, entry ni pon update ngan phone je. Orang ade opera mini lah katekann.




2.
Lawak ayam yang kedua. Arini keluar around 3pm. Banyak bnda nk kena buat. Pegi bank : kasi duit kat abang. Pastuh pegi balai polis : ambik resit aritu bayar saman rm100. Huuuu, terbang gitu je duit. Sobss sobss. Then nak pegi tempah businesscard mama. Dari balai polis tu aku dah blurr dah. Ambik roundabout kt SS1 tu dengan tidak yakin. Menghala motel desa. Ahhh sudahh. Blurr semakin menjadi-jadi. Bagi signal, brenti tepi. Pikir jap. Pastuh bila da dapat figure jalan mana nak lalu, masuk gear D, jalan. Then tiba-tiba gelak sensorang sebab aku rasa aku lawak sangat. Boleh pulak aku tak tahu jalan kan. Hahaa. Maybe kalau penulis, orang panggil Writers Block. Dah aku ni kes apa? Drivers Block? Hahaaa, boleh lahh.




*mengharap miracle akan terjadi esok woot woot.






Love,
Atera Alyani.

Saturday, June 25, 2011

Hilang.

Hilang.
Sungguh terasa.
Atau boleh dikatakan kosong?
Tidak berisi?
Robek sana sini?
Lari entah kemana.
Entah aku tidak tahu.
Dan kadangkala aku malas untuk ambil tahu.
Walaupun kadang-kadang aku tahu apa yang kurang.
Walaupun aku tahu dimana silapnya.
Aku rasa.
Aku buat tak tahu.


* Inilah coretan dari hati,
Yang tidak pasti,
Di malam hari.

" Bila-bila nanti, carilah saya balik "



  Pagi itu Lia bangkit dari tidur dengan sendirinya. Tanpa bantuan Cik Alarm seperti biasa. Kenapa? Kerana mimpi itu yang mengejutnya, entah sudah kali ke berapa. Lia termenung ditemani sang suria yang sedang bermain aci sorok ingin memunculkan diri dibalik bukit bukau.

   Tanpa menghiraukan mimpi tersebut, Lia terus mencapai tuala yang tersidai. Dia perlu mandi dan memunaikan kewajipan terhadap-Nya. Setelah siap, Lia keluar untuk mencari sarapan dan meneruskan hari-hari seperti biasa. 

   Pagi tersebut Lia bersarapan sendirian. Tanpa ditemani walau seorang pun rakan. Itu sudah biasa. Lia lebih senang begitu. Hidupnya bukan selalu dikelilingi kawan. Jika ada, ada lah. Jika tiada, Lia tidak kisah. Tanpa mereka-mereka ini, Lia masih mampu meneruskan hidup.

   Bersendirian dipagi hari bersarapan nasi lemak bersama milo suam membuatkan Lia kembali memikirkan mimpinya. Mimpi tersebut menjengah lagi. Mimpi yang datang bersama mesej pendek : " bila-bila nanti, carilah saya balik "

  Itu cerita lama. Kisah Lia tiga tahun yang lepas. Waktu tersebut Lia baru berumur 17 tahun. Masih muda, masih mentah. Lia yang ingin mengambil peperiksaan besar merasakan agak sukar untuk menghandle boyfriend pada masa yang sama. Lalu Lia memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan tersebut. Tapi Lia memutuskannya dengan cara baik. Disebabkan kejadian itulah adanya mesej pendek itu.

  " Bila-bila nanti, carilah saya balik "


  ... to be continue ...

Sunday, June 12, 2011

Down



Tiba-tiba aku rasa down sangat.
Sumpah.
Mengetahui hal tersebut membuatkan aku down.
Entah kenapa, aku sendiri tidak mengerti.
Sumpah aku down.


------------------------------------------------------------------------

Saturday, June 11, 2011

cap ayam.

 Pengadil cap ayam. Macam hampeh laa. Ape ade orang hulur ke kat luar tadi? 
And andd, NorShahrul tu, ape kau ingat ni pentas teater ke asek nak berdrama je. Heyy tolong laaa. Ni padang la, tempat main bola. Bukan tempat nak berdrama. Puihhhh !!

Bola

 Awak,


   Tak kira where ever you is in this world, I know you will be watching the football match tonight. I just happened to know. So, enjoy the game.




Saya. 

Wednesday, June 8, 2011

Malas .

Currently listening to The Lazy Song, Bruno Mars.

Definition : A condition where the body and the owner itself didnt feel want to do something or anything.
  translate to indonesia :
  *sila buat slang indon ye .
Definasi : Satu kondisi di mana badan itu sendiri bersamaan tuannya tidak merasa untuk melakukan sesuatu perkara atau apa apa sahaja. Hahahaaa.

Malas. Its normal to any human being kan? *okay berlebihan terhadap aku =.=
Sebenarnya malas ni susah nak dekat ngan kita if kita ada banyak perkara untuk disettlekan. Apa yang menyebabkan kita malas ialah , in the middle of settling something, kita stuck or dihalang atau yang seumpama dengannya. 

Dengan adanya masalah2 kecil ini. Kita akan mula rasa malas untuk menyelesaikannya. Dan juga melarat kepada apa2 sahaja kerja selepas itu. Dari sinilah kerja kita akan tertunggak dan akhirnya kita akan menjadi kaya. Kaya? Yess! Kaya dengan kerja tertunggak.

Kenapa aku rasa blog aku macam majalah kesihatan je? Hahahaa, tatau. Mood mahu bebel datang tiba-tiba. Malas. Memang inilah hobi aku sekarang ni memandangkan aku cuti until Raya Puasa *lama weh ! Disebabkan sekarang ini musim cuti sekolah, aku berehat sebentar dari menjadi drebar kepada adikku yg kecik itu. 


Aku hanya melakukan a little bit of work here and there. Aku hanya pergi hantar dan ambil baju customer Mama. Pergi beli barang dekat pasar if Mama terasa mau memasak. So bila situasi tidak memerlukan aku untuk keluar rumah. Aku biasanya akan bangkit paling awal pukul sebelas * yes aku anak dara paling tak bagus . Dan aku tidak mandi lagi. Aku akan meluru terhadap laptop terlebih dahulu. Aku buka account MukaBuku. Aku like stats orang. Aku reply  comments kawan2. Aku godam2 apa-apa link orang yang aku rasa macam best.


Bila perut minta diisi, aku akan ke dapur. Melihat di bawah saji. Jika ada makanan, aku terus makan. Jika tiada dan aku mempunyai sedikit perasaan rajin, aku akan makan maggi gereng. JIKA aku malas aku biarkan je perut aku berdondang sayang. Padan muka kau. Biasanya di waktu tengahari, Mama akan pulang. Beliau akan sound2 aku kerana belom mandi. Jika aku terkesan, aku akan mandi. Jika malas masih mahu bermanja, aku biarkan diri ini tidak bermandi.


Biasanya bila jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, perut aku akan extremely lapar. Haaaaaaaa. Disinilah akan terlihat aku kelam kabut mandi then iron baju mahu keluar. Aku merupakan seorang yang sangat simple. Pakaian kebangsaan aku bila keluar ialah short-sleeve-shirt dengan jeans yang dah keberapa kali dipakai. Kalau anda kebetulan bertembung dengan aku dan kelihatan aku memakai kemeja/bukan shirts biasa. Anda adalah insan2 yang bertuah. Hahaaa. Aku bisa sahaja makan sorang2 tanpa ditemani at least seorang rakan. *takpa, aku suka. Sebab aku boleh berangan time makan. If ada teman, kena layan borak. Leceh =.=


Well, itulah sedikit sebanyak yang dapat aku bebelkan tentang malas. Kalau mahu diikutkan kata hati, mahu empat lima kilometer panjang entri kali ni. *sebenarnya aku tengah memberitahu sikap malas aku :p 
Biasa lah. Bukan semua orang suka buat semua perkara pada semua masa ( bukan setiap masa ke? ) Hahaaa. Lantak lah. Kadang2 datang juga rasa malas mahu wish birthday seseorang even dah terpampang di homepage MukaBuku kita kann. Itulah sebenarnya yang mahu aku tekankan, tapi terlebih cerita pula. 


Perasaan malas yang terbit tiba2. Seperti contohnya kita tengah drive. Kereta depan pula entah macam hape je gayanya. So kita akan rasa " Adoyaii, ni yang rasa malas nak bawak keta ni " . Ataupun yang selalu terjadi kepada aku bila Mama suruh aku sapu rumah. Maka aku pun berkata " Malas laaa " dan usually aku still buat sebab Mama dah macam nak keluar aura DragonBall.


Dan contoh lain ialah bila kita tengah dalam mood baik untuk update blog dan datang pula Mama/Adik kita bilang mahu guna laptop.


TERUS AKU MALAS MAHU SAMBUNG, DAN MALAS UPLOAD EVEN SATU GAMBAR. DAN TANPA MENYEMPAT AKU AKAN TERUS SAHAJA CLICK PUBLISH POST. DAN BILA TIBA WAKTU SENGGANG YANG MEMBENARKAN AKU BACA BALIK POST AKU. MULA LAH AKU MENGUTUK DIRI SENDIRI KERANA TELAH BIKIN ENTRI YANG ENTAH APA-APA.


*harap maaf entri berakhir dengan agak mengejut dan perasaan marah!


Cincau,
Atera Alyani.