Saturday, July 27, 2013

Adam pesan


Assalamualaikum.

Err tetiba Adam. Adam pesan, Atera bunyi nya lebih sedap didengar. Lembut je. Sebab Ate tu macam gangster katanya. Tera pulak dia kata macam ganas,lebih kurang gangster jugak lah maksud dia. Sesedap je kritik nama orang. Huhuu. Padahal entah berapa kali je dia pernah panggil nama aku Atera tu. Poyo. Hehee. Masuk memory lane tetiba kenapa? Okay mengaku je senang. Rindu. Kbai

internship

Assalamualaikum.
Its been a while huh?
Now Im at office and got nothing to do.
So, been thinking why not update something on blog because its been years months I tak update apa2 and I dont know why. I just dont feel like doing it anymore since I've got twitter.
Yaaa I know I've been mean but its not everyday people can write kan? Also, its quite busy for the whole semester. Like seriously Atera? You busy ke sepanjang sem ni? Okay fine I tak busy mana pun but I got something else that keep distracting me, even towards my assignments. Hahaa. And guess what, the distracted things is ANIME!

 Yaa I know, but its like addictive candy. Cant stop and of course been laughing like crazy, alone. Sampaikan my roomate kata "dah tahap meroyan kau ni Ate, gelak sorang-sorang" but, she also joined me afterwards! Haa, look who's laughing now! It the same theory bila orang cakap aku gila tengok RunningMan then gelak sorang-sorang. Lepas dia dah tengok jugak, for sure dia pun tergolong dalam orang 'gila' tu. The curse backfires eyy? Gotcha.

So now Im an intern student and this is the second week at Zahafiz Travel & Tours. 4 weeks to go.  Frankly speaking, this company didnt accept intern student anymore because they had one already. But me is soooo stubborn and with a lil bit of langkah licik, I called the owner's wife and begging for a place here. Hahaa I know it crazy but we need that to survive huh? And after a week, I know the reason why they do not take too much intern student. Because they got nothing to do! Like seriously, me is like everyday goyang kaki je. 430 dah boleh balik time bulan puasa. And there's one day, Boss give permission to leave early, at 3pm. And for the next day, Boss not around, doing Umrah and the office is like mine! Hahaa, the staff let me go at 2pm! Heaven!

Plus, this company specialized in handling Umrah & Haji package, so this bulan Ramadhan's last flight is the one which Boss depart to Jeddah. Literally, after last flight taking off, there's not much things to be done at office. And that's why me is everyday datang office lawa-lawa, bukak lappy, online for whole day until 430 then balik. Itulah internship life I, apa agaknya I nak tulis dalam logbook? Planning nak tipu sikit dekat logbook tu and mintak back-up dengan staff untuk cop and sign for me. Hahaa

Task that I've done kat office ni is the common task that been asked for intern student, photocopy document and staple that, and sorting them. Kalau nak fun sikit, the second day Im here, KakNa the Account's Clerk asked me to complete the luggage tag for passengers. That's the fun and easiest thing for me as Im always been asked by Mama to do that for her each time she got group to depart, so I dont have any problem with luggage tag. Orang Melayu kata, kacang lah! Hehee

Nak attach gambar pun I takda folder dekat lappy ni, yelaa bukan lappy I tapi my aunt's. Boleh tahan jakun jugak nak handle this lappy because its touched-screen and use Windows 8! Macam orang gila jugak nak boleh faham how window 8 works. Hahaa. But I got one folder full with DuJun's pictures. Muehehee. Here's DuJun and his famous pose  :)


Last but not least, Selamat Berpuasa even ni dah hari ke-19 kita berpuasa. Its better late than never huh?


Cincau,
Atera Alyani.

Saturday, December 15, 2012

Sahabat

Sahabat.

Aku perlukan sahabat aku disisi aku sekarang.
Sahabat yang dimana susah senang aku boleh share dengan dia.
Sahabat yang dimana aku boleh cerita semua benda dekat dia.
Pasal rumah aku takda air. 
Pasal depan rumah banyak kerbau.
Pasal zaman2 sekolah dulu yang tak pernah bosan walau diungkit tiap2 hari.
Pasal aku sakit pinggang, period pun boleh cerita kat dia, even dia lelaki! 
Pasal aku suka kat seorang namja tu then aku taktau macamana nak buat, pun aku boleh je cakap kat dia.
Sahabat yang walau tengah main card dengan other boys, sanggup cilok, lari sekejap sebab aku nak jumpa. 
Sahabat yang memang akan cuba sedaya upaya cari masa untuk jumpa aku kalau masing2 tengah cuti.
Sahabat yang memang parents aku tak kisah kalau lepak sama balik 4pagi.
Sahabat yang tak sayang duit nak belanja aku kalau dia tengah kaya. 
Sahabat yang akan protect aku dari lelaki2 durjana di luar sana. Haha.

Sahabat yang sama2 membesar fight result exam. Dia masuk MRSM, I iz sad. But then he end up form 4, form 5 sekelas dengan aku. I am happy.
Sahabat yang akan selalu ada kalau aku ada masalah. 
Sahabat yang sentiasa ada as tulang belakang aku.
Sahabat yang tahu aku just nak luahkan. Tak perlu apa2 action dari dia.

Sahabat yang tak perlu aku nak cover2 depan dia.
Sahabat yang tak perlu aku nak jaga hati sangat sebab dia lelaki. Mana main nak sentap2.
Dan yang paling penting.
Sahabat yang ambil berat tentang aku, jaga hati aku!

And I need you now Ayeh a.k.a Si Abang Susuan #ourjoke
Ate need you now sebab Ayeh tahu macam mana nak comfortkan.
I'm sorry I cant make it balik on Xmas sebab Ate study week time tu and Mama's not around so I dont feel like coming home.
Im promise I'll made it up back on cuti sem.


*our memories back then :)

Cincau,
Atera Alyani :)

Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni aku rasa sangat happy. Dapat khabar2 baik. Murah rezeki, sebab aku bekerja so akan ada gaji. Boleh berbelanja, boleh tampung hidup nanti semester 3. 

Sebenarnya aku sangat takut time nak check email on result day. Ye lahh, aku ni banyak tido dari study. Study week orang tekun study, aku tekun tengok movie. So aku rasa result aku sem 2 ni memang result tido je lah.

Nak dijadikan cerita, subuh 3rd August tu si Kura-kura lepas Subuh je dah text aku cakap result dah boleh check. Aku malas layan. Hajat di hati nak bangun lambat skit sebab aritu tak masuk kerja. Outstation. Tapi pukul 9 cenggitu aku dah bangun. 

Aku gatai tangan pi on fb twitter segala, nampak lah depa duk sibuk hupdate status pasai result segala. Ape lagi, berbekalkan semangat yang suam-suam semut dilenyek remote control, aku gagahkan diri bukak la email aku.

First aku tengok, mata memang tak tengok tang CGPA suma tu, mata aku pi tengok tang grade dulu, LAW! Iaitu pembunuh harapan bangsa dan negara. Tapi lepaih tu, aku dah takleh nak cakap apa dahh. 

Air mata dah start neleh dah. Aku memang sabak tahap dewa dah. Mama duk kat dapur duk basuh pinggan yg tak habis basuh time sahur tu. Aku ni duk panggil la mama, mama tapi suara tak terkeluar langsung! Sebak punya pasai.

Lepaih tarik nafas dalam seround dua, aku panggil la mama kuat skit. Dia ni duk cuak awat aku nangis ni, kemain lagi tanya kenapa kenapa? Aku tunjuk la result aku. Pastu dia peluk aku. Dia tanya awat hang nagis nya? Aku cakap angah ingat tak sampai 3pointer dah ma, sem lepas kuat sangat main. 

Lepaih tu mama cakap, kalau awak study betul2, ada la hasilnya. Dah, toksah hang duk nangis lagu tu, huduh aihh. Ciss, aku baru nak feeling2 jadi si bawang putih.

Lepaih tu siap2 nak pi KL. Nak pi jumpa customer nak tengok songket. Kami bertolak dalam pukui 11 macam tu, sampai la KL nu haa dalam pukui 4ptg. Toksah cakap la jem time hari Jumaat tu. Tapi takpe, kerja punya pasai, redah jugak.

Jumpa Kak Fiyy tu dalam pukui 8.30, Alhamdulillah dia amik songket sehelai. Lepaih tu, laa tu jugak kami bertolak balik ke Terengganu. Dalam pukui 9.30 cenggitu. Pukui 3 kami sampai kat rumah dah. 

Lagi nak cita, hari ni aku tengah duk lepak kat kedai sebab takde customer sangat, dapat laa message dari housemate aku sem1&2. Dia cakap aku dapat duk kolej. Aku tak berapa nak caya sebab depa ni kuat main2. Aku call la office kolej. Skali betui aku dapat duk kolej lagi, melompat aku! Hahaa. Maau tak melopat? Save RM400 woih!


Habih cita pasai tu, kita cita pasai sedara mara pulak. Yelaaa dah aku ni duk blaja jauh-jauh, mana sepupu2 nak kenai dengan aku sangat, bukan rapat sangat. Dulu Matrix tang Kuantan nu haa, ni degree tang Melaka pulak. So, aku jarang balik. Kalau balik pun, bukan jumpa diorang selalu.

Tadi nak pi settle kerja, aunty aku Achik Tini ikut skali dalam keta. Lepaih kami amik anak2 beliau balik sekolah, kami pi amik baju raya kat Batik Exclusive. Entah macam mana, baju aku ketat sikit. ( aku makin gemuk kut, makan tak diet langsung bulan puasa nih! )

Pi mai pi mai, aku dengan Achik Tini ni sama size. Aku test baju dia, muat lah pulak! So, kami exchange baju raya. Ehh boleh pulak! Hahaa. Kami siap shake hand deal lagik! Hahaa. So, baju aku jadik kaler hitam, Achik Tini coklat. Selesai. 

Dalam keta nak balik tu, keluar la idea nak berbuka puasa tepi Pantai. Terus mama on je. Dengan aku skali ikut, padahal aku dah janji nak berbuka dengan Joe. Ah lantak! Family come first. Hehee. Sorry Joe, tunda esok :)

Seronok kami berbuka kat situ, siap bawak tikar. Picnic habis! Time-time cenggini la aku nak main ngan diorang. So aku main laa. Ehh skali keluar lagi idea nak berbuka kat Pulau Warisan. Adoihhhh. Joe cammana? Takpe la, kali ni Joe menang.

Malamnya pulak, Achik Tini datang kedai bawak anak2. Main lagi aku ngan diorang. Bukan kecik pun, masing2 dah 15, 11, 9 tahun. Sume pompuan. Alahh, budak2 ni la yang aku hangkut bawak pi USS itu hari time aku ponteng kelas. HAHAHAAA




Kakngah hepi bila awak hepi :) *budak2 ni punya kerja la ni gambar ni. Hehee.

Happy,
Atera Alyani


Thursday, August 2, 2012

blog berhabukk :(

Assalamualaikum.

Lame bebenauu tak hupdate belog aku nih.
Nasib ingat passwordnya, yedakk? Hikss

Bukan apa, last two months memang busy dengan study. Sampaikan fb dengan twitter pun aku ignore. Nampak tak betapa busy aku? Haaa. Lagi2 bila nak habis semester, dengan test bertimbun macam hari2 aku jawab final. Like seriously? Hahaa.

Bila lama tak merapu ginilah jadinya. Tingtong lah kepala aku kann. Macam sume benda nak terkeluar dari peti simpanan memory dalam otak aku yang terdapat rangka-rangka entry dikala aku terkebil-kebil tak dapat tido diwaktu malam yang kelam. Hambikk kau! Hahaaa

Sampai rasanya sudah tidak reti untuk menaip panjang2. Kang terjawab style final paper aritu baru tahu! Hahaaa. Nak2 paper CTU : terdapat beberapa faktor kepada keruntuhan tamadaun bla bla bla hahaa kang tak pasal yedakk?

Dengan trip menghangkut budak2 kelas balik Terengganu pun aku tak cerita. Pergi berdansaa ke Genting dengan Kura-kura pun tak cerita. See? Tahap kesibukan aku mengalahkan hape jek. Bab kemalasan aku tak usah diungkit lah kan. Tidak berbanding. Sama level dengan tahap kemalasan untuk mandi di musim study week. Hahaa.

Tapi aku rasa itu sudah sebati bagi student2 macam aku ni kan? Buat ape nak mandi banyak2 kalau tak keluar pun dari rumah even sekali dalam satu hari tu? Buat bazir air dengan baju jek. Hahaaa


Hiksss. Skill menaip aku serious dah blurr. Taktau apa nak tulis. Huhuuu nangis jap T________T




Si blurr,
Atera Alyani



Monday, May 28, 2012

Al-Fatihah

Sudah lebih 3bulan aku pindah ke rumah ni. Selang sebuah rumah, rumah kawan lama aku, Eqfar Nezwan dikenali juga sebagai Epa. Dia member lama time sekolah rendah. Dah besar ni pun jumpa adalah sekali dua, time raya. Tu pun macam tak tau nak cakap ape. 


So, bila kat rumah, if kami terpandang, memang senyum or angkat tangan dan seumpamanya je laa. Takdelaa nak sembang kencang ke apa. Aku bet masing2 dalam hati mesti pikir sape akan jejak rumah sape dulu. Persoalannya terjawab arini.


Aku yang pergi kerumahnya. Sebab? Menziarahi keluarganya. Ayah dan abang ipar Epa meninggal dalam excident kat Rawang. Even aku tak rapat, tapi aku sangat terasa dengan pemergian mereka. Walaupun tk pernah bertegur sapa dgn ayahnya, tapi selalu nmpak arwah siap2 nak pegi masjid. Arwah selalu senyum.


Mungkin faktor kenal Epa, aku rasa sedih. Mungkin sebab jarak rumah kami cuma 15 langkah kaki, aku rasa dekat sangat, aku rasa sedih. Tak tau faktor ape lagi, aku rasa sedih teramat!


Lagi sedih sebab petang kejadiannya, depan rumah Epa dah ramai orang. Aku, jiran terdekat still tak tahu ape2. Aku boleh lagi keluar pusing2 bandar. Malam nye boleh lagi aku lepak kat mekdi. Balik mekdi baru aku online, baru dapat tahu tentang kematian. Aku rasa macam, dushh! Nak slap pipi sendiri. Jiran ape aku ni? Ada kematian pun tak tahu? Lagi bertambah sedih aku.


Pagi esoknye aku busy. Maktok dari Ipoh datang. Layan dia, dah sekerat hari. Petang ambik adik kat Masjid Kristal. Kira memang malam baru aku free. Lepas Isyak, aku siap2. Nak pergi, aku segan sangat2. Sebab orang paling dekat, paling lambat sampai. 


Aku mintak Ayeh datang jemput depan rumah. Pergi dengan Ayeh. Masuk rumah salam mak Epa. Sangat2 tebal muka. Sumpah! Bila orang dah start ramai, aku move ke dapur. Lagipun aku cuti. Tak join the group.


Bertegur sapa dengan mereka didapur. Kemudian datang mak Epa. Dia macam short storykan kepada kami. Mereka ke Rawang mau hantar si kakak bekerja. Suaminya ikut sekali menghantar. Baru la jugak kawen. Makcik nak ikut, tapi tak jadi. 


Panjang umur makcik dan si kakak. Yang xcident cuma ayah dan menantu. Aku terfikir perasaan si kak long yang kehilangan suami. Aku terpikir makcik yang juga tiba-tiba hilang suami yang selama ini hidup bersama. Aku sebak. Tapi aku tahan, sebab aku tengok mata makcik merah. Kalau aku menangis, mesti makcik pun menangis. Aku tahan walaupun perit. Aku cuma orang luar, makcik yang merasa apatah lagi?


Waktu bacaan Yasin, ada juga aku pandang ke luar, ke jemaah yg datang yang sedang khusyuk membaca Yasin. Sekali pandang, Apang si kawannye Epa hilang. Lepas selesai tu, aku dapat tahu, Epa menangis selepas bacaan Yasin, Apang pergi peluk menenangkan Epa. Lagi aku sebak. Terlihat kasih sayang di antara sahabat di situ.


Makcik cerita lagi, petang tadi ada kawan makcik datang. 3 orang. Yang masing2 nya sudah tiada suami. Mereka memberi makcik semangat. Sebab tu aku rasa makcik dah nampak tabah skit kot? Saya harap makcik tabah! Kita sama2 doakan arwah tenang disana makcik.


Buat Epa. Sahabat, aku nampak muka kau tenang. Tapi entah macam mana, aku dapat lihat mata kau ada kesedihan. Aku pun merasa sedih itu. Aku harap kau tabah. Kau anak lelaki, kau mesti kuat. Kau mesti kuat untuk makcik. Sekarang makcik dah hilang suami tempat bergantung. Makcik mesti perlukan sokongan anak2. Aku harap kau kuat dan tabah. Untuk kau, dan juga untuk makcik. Aku harap kau tahu, aku sentiasa ada.


Walaupun kita jarang bercakap, tapi aku sentiasa ingat kau. Lagi2 sekarang aku dah kenal makcik. Aku ingat kau dan juga makcik sekali. Tadi aku sangat bangga. Melihat ramai kawan2 kita yang datang. Yang turut membacakan Yasin. Berkawan bukan setakat waktu senang. Waktu susah beginilah dapat kita lihat siapa kawan sebenar. Aku bangga dengan kawan2 kita. 


Arwah, tenanglah mu disana. Moga dicucuri rahmat.
Sahabat, tabahkan lah hatimu. Kuat lah. 


Aku, temanmu.

Sunday, May 27, 2012

superwoman masuk kerja

Aritu aku jadik Superwoman lagi. Mama calling2, bilang sama aku katanya mau ke Bukit Jalil ada jualan. Diajaknya gue turun ShahAlam sama dia. Diturutin aja perintahnya. Iya iyalah bukannya apa ada di Melaka kalau aku stay deh. 


So storynya bermula petang khamis. Usai saja test LAW419, terus aku minta namja2 didalam kelas ngantarin aku ke Melaka Sentral ( juga dicampur sedikit paksaan, ya aku ngaku deh ) Kiranya mau beli tiket ShahAlam. Ya kalau ada, terus aja deh kesana. Kelas CRS hari Jumaat di-skip aja bisa deh kayaknya. 


Mahu dijadikan cerita ini cerita Superwoman, tiket ke ShahAlam nya ada pukul 6.45, lagi 30menet dari waktu belian. Terus aku beli. Makan bentar d Mekdi, baham Keju Berganda sama icecream. Namja2 tadi masih setia menemani. Kupikir mereka risaukan aku. Tetapi hampeh. Mahu dibelanja rupanya. %$#&@$%^


Maka, ke ShahAlam aku petang itu jam 6.45 petang. Sampai disana jam 9 gitu. Dijemput sama mama di station. Lantas kami pergi makan di Seksyen 24. Belakang rumah Aunty Ju. Aku nya iya la makannya dikit aja. Karna udah janjian sama Kura2 mau ketemu di Uptown, mau makan Char Kuey Tiaw.


Sampai aja dirumah, aku main sama adik2 kecil Afiq, Anis, Aisyah. Alan nggak ada, lagi di asrama. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga Kura2 di depan rumah. Tinggal aja helmetnya di rumah. Nak ke uptown dari rumah tak perlu helmet. Itu kawasan sudah aku cover deh abang2 polisi nya. Hahaa


Ke uptown malam itu sama skuter ego without helmet kedua-duanya. Lagian, motornya dibawa lawan arus. Jimat masa deh. Hihii. Kami pusing2, jumpa kedai Char Kuey Tiaw. Makan punya makan. Minum minum. Makan juga itu otak2 yang diletakkan di atas meja kami. Dikasi 5, habis 5 kesemuanyaa.


Sudah penat bergelak ketawa, mau pulang sudah. Kura2 pergi beresin bilnya makanan. Usai bayarnya, kami langsung mahu pulang. Tapi ada deh abang2 yang gatal mengeluarkan suara2 tikus. Suittt suittt.


Aku pikir hishh orang ini gatal benar. Terus kami jalan aja tanpa menghiraukan mereka. Eh bentar aja, ada lelaki yang ngikut. Dicuitnya bahu Kura2. Dibilangin : DIK, OTAK2 BELUM BAYAR LAA!


Ya Allah! Malu gila deh aku saat itu. Kukira orang gatal mau mengurat, rupanya abang otak2! Malu banget deh. Terus Kura2 bayar lagi. Kami cepat2 blah dari uptown. Malu banget sihhh.


Okayy sudah penat. Entri ni sangatlaa takde motif. Entah ape jadahnye aku tune slang Indon? Hahaa


Superwoman malu,
Atera Alyani.